Hidup dibandaraya sememangnya memerlukan kita bergerak dengan pantas dan tidak membuang masa, bagi saya kadang-kadang terasa amat meletihkan. Mungkin juga kerana faktor umur, tetapi itu bukanlah tajuk tulisan saya pada hari ini, melainkan tentang pertanyaan seorang sahabat yang bersama-sama duduk sambil minum di gerainya.
Beliau bertanya soalan yang pendek tetapi memberikan makna yang amat mendalam.
‘Kenapa Surah Al-Fetehah Wajib dalam Solat?
Apa kelebihannya sampai menjadi wajib?’
Sambil menghirup kopi, sya terangkan dengan perlahan, perlu jugak kita ingat walaupun sahabat tetapi jika berdakwah dengan cara yang tidak hikmah lain pula jadinya.
Jadi saya katakan pada beliau, ada satu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah: (Hadith riwayat Muslim dalam Kitab al-Solat, Bab Wajib Membaca al-Fatihah Dalam Setiap Rakaat, Dan Sekiranya Orang Itu Tidak Tahu Membaca al-Fatihah Dan Tidak Dapat Mempelajarinya Maka Hendaklah Dia Baca Apa Sahaja Yang Dia Mampu selain al-Fatihah. No. 598.)
Dan telah Ishaq bin Ibrahim al-Hanzali telah menceritakan kepada kami, katanya Sufyan bin Uyainah telah memberitahu kami daripada al-‘Ala’ daripada ayahnya daripada Abu Hurairah daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Sesiapa yang menunaikan solat dengan tidak membaca Ummul Quran, maka solat itu kurang (tiga kali), tidak sempurna.فَقِيلَ لِأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّا نَكُونُ وَرَاءَ الْإِمَامِ فَقَالَ اقْرَأْ بِهَا فِي نَفْسِكَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
Lalu Abu Hurairah ditanya, ‘Bagaimana jika kami berada di belakang imam (yang membaca al-Fatihah)?’ Jawab Abu Hurairah, ‘Bacalah dalam hati kamu. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:’قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ
Allah Ta‘ala telah berkata, {Aku telah membahagikan solat kepada dua bahagian antaraKu dan hambaKu. HambaKu akan dapat apa yang dia minta.}فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِي عَبْدِي
Jika hamba itu berkata, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam’, Allah Ta‘ala menjawab {HambaKu telah memujiKu}.وَإِذَا قَالَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي
Jika hamba itu berkata, ‘Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’, Allah Ta‘ala menjawab {HambaKu telah memujaKu}.وَإِذَا قَالَ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ قَالَ مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي
Jika hamba itu berkata, ‘Yang menguasai hari pembalasan’, Allah Ta‘ala menjawab {HambaKu telah mengagungkanKu} (dalam satu riwayat) {HambaKu telah menyerahkan urusannya kepadaKu}.فَإِذَا قَالَ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ قَالَ هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ
Jika hamba itu berkata, ‘Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan’, Allah Ta‘ala menjawab {Ini adalah antaraKu dan hambaKu. Hambaku akan dapat apa yang dia minta }.فَإِذَا قَالَ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ قَالَ هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ
Jika hamba itu berkata, ‘Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan pula jalan mereka yang sesat (Nasrani)’, Allah Ta‘ala menjawab {Ini adalah untuk hambaKu dan hambaKu akan dapat apa yang dia minta}.
sumber dari: http://www.shoutuliman.com/
No comments:
Post a Comment