Al-Quran merupakan wahyu yang menjadi mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad. Sebagai sebuah buku panduan kehidupan atau manusia kehidupan bab pendidikan mendapat tempat yang utama dalam Al-Quran.
Sekian banyak ayat-ayat tentang pendidikan, Surah Luqman menghimpunkan beberapa ayat khusus tentang mendidik anak-anak. Allah merakamkan wasiat seorang insan terpilih Luqman Al-Hakim kepada putranya.
Al-Quran tidak memuatkan kisah Luqman melainkan beliau memiliki ‘oustanding achievement’ yang boleh dikongsi bersama umat manusia.
Latar belakang Luqman
Kendapitun Al-Quran meriwayatkan sekian banyak perkataan Luqman, namun yang memerikan peribadi Luqman hanya satu sahaja. Dalam ayat 12 Allah berkata
“Telah kami berikan Luqman hikmah, maka bersyukurlah kepada Allah. Barang siapa yang bersyukur, maka faedahnya adalah untuk dirinya sendiri, manakala sesiapa yang kufur, sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Terpuji“.
Justeru menggali latar belakang Luqman lebih dari apa yang disebutkan oleh Al-Quran dan hadis tidak memberi manfaat. Bagi orang yang beriman, cukuplah apa yang telah Allah dan Rasul khabarkan.
Intipati pesan Luqman Al-Hakim
1. Aqidah (Larangan syirik)
2. Berbuat baik kepada ibu bapa
3. Ibadah (Solat, seru makruf dan cegah mungkar)
4. Ihsan (perbuata sekecil biji sawi akan tetap dihitung oleh Allah)
5. Akhlak (Rendahkan suara, sederhana langkah dan jagan bersikap sombong)
Ulasan
Buku ini merupakan kupasan terbaik tentang pendidikan anak melalui metod Luqman berbanding beberapa buku yang saya baca sebelum ini. Huraiannya lengkap dengan sumber rujukan. Walaupun idea meletakkan noto hujung agak memenatkan pembaca untuk menyelak-nyelak.
Namun saya masih belum berpuas hati.
1. Buku ini masih boleh diperbaiki. Huraian Surah Luqman boleh difokuskan kepada wasiat Luqman, namun dengan tidak mengabaikan ayat-ayat lain dalam surah ini. Tentu sahaja ia berkait rapat dengan intipati pesanan Luqman.
2. Saya masih mencari kajian berkaitan metod yang diguna pakai ketika Luqman berkata-kata dengan anaknya. Di dalamnya ada perumpamaan, ada panggilan yang baik, dan pemilihan perkataan dan beberapa aspek lain.
3. Struktur susu atur bab masih boleh diperbaiki. Saya selalu hilang poin ketika membaca. Mungkin berikan sedikit ruang kosong antara satu sujtajuk dengan subtajuk yang baru.
Pun begitu buku tulisan pensyarah Universiti Malaya ini bermanfaat dan bagus dibaca dan diamalkan.
sumber dari: encikbaca.wordpress.com
No comments:
Post a Comment